Mikraj
Mikraj ialah perjalanan Rasulullah
s.a.w ditemani Jibril ke langit hingga sampai ke suatu tempat yang dipanggil
Sidratul Muntaha. Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Baginda dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (
pintu Hazhah)
- Di langit pertama, Rasulullah berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Di situ juga Baginda dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk.
- Di langit kedua, bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya
- Di langit ketiga, bertemu dengan Nabi Yusuf
- Di langit keempat, bertemu dengan Nabi Idris
- Di langit kelima, bertemu dengan Nabi Harun yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil
- Di langit keenam, bertemu dengan Nabi-Nabi dan umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
- Di langit ketujuh, bertemu dengan Nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, Nabi Ibrahim bersabda:
"Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH"
- Di langit kelapan, yang disebut '
Al-kursi' yang berbetulan dengan dahan pokok
Sidratul Muntaha. Rasulullah saw menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Air sungai yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Pokok yang buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan.
Semua keindahan itutak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah saw dapat menyaksikan pula sungai
Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan Malaikat penunggunya.
- Di langit kesembilan, Rasulullah antara lain melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
- Di langit kesepuluh, baginda Rasulullah sampai di
Hadhratul-Qudus dan
Hadhrat RAbbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah swt dengan mata kepalanya, lantas sujud. Di sinilah, antara lain, umat Islam difardhukan solat 50 waktu.
Selesai munajat, Rasulullah dibawa menemui Nabi Ibrahim, kemudian Nabi Musa, yang kemudiannya menyuruh Rasulullah merayu kepada Allah agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu.
Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul Maqdis. Dengan menunggang Buraq, Baginda pulang ke Makkah pada malam yang sama.
Dalam perjalanan ini Baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu.
Batu Shakrah, Haram Al-Shariff
(sumber: Bait Al-Maqdis, Masjid Al-Aqsa dan Batu Bergantung oleh Syed Hassan Muhammad Al-Attas)
Batu bergantung disebut dalam bahasa Arab sebagai
Kubbah As-Shakra dan dalam bahasa Inggeris
The Dome of The Rock. Ada cerita-cerita yang mengatakan bahawa batu ini terangkat ke atas ketika Rasulullah melepaskan kaki Baginda dari batu ini untuk melakukan mikraj ke
Sidratul Muntaha. Batu ini dikatakan ingin mengikut Rasulullah waktu mikraj tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Bekas tapak tangan Jibril dikatakan masih ada dan dinamakan
Kafdf Sayyidina Jibril.
Bagaimana pun, menurut Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki, ulama Masjidil Haram di Makkah, mereka yang berkata bahawa batu ini bergantung di antara langit dan bumi adalah tidak benar kerana kisah ini tidak tersebut dalam alQuran atau dalil-dalil yang kuat.
Batu ini panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki dan berbentuk hampir separuh bulatan. Di tengah-tengah batu ini terdapat satu lubang yang turun ke bawah menuju ke sebuah gua kecil.
Masjidil Shakrah
(Dome of The Rock)
Ada sesetengah riwayat mengatakan bahawa Khalifah Omar ibnul Khathab ra mengerjakan solat berhampiran batu "shakhrah" setelah tentera Islam menawan kota Baitul Makdis dari tentera Romawi Byzantine (636 Masehi)
(sumber: Berita Harian)