Tuesday, June 22, 2004
Bukti Sains Mengenai Puasa
Tiap tahun bila datang bulan Ramadhan, umat Islam sedunia berpuasa sebagai mematuhi suruhan Allah swt seperti yang tercatat dalam Surah Al-Baqarah:2. Semua tau bagaimana keadaan tubuh ketika sedang berpuasa. Tapi tak semua tau kesan terhadap tubuh dari amalan berpuasa itu.

Dalam makalah Rentak Hayat Anda dari bukunya, further Essays On Islamic Topics, Dr Ibrahim Kazim, seorang pengarah dan pengasas Akademi Islam Trinidad, telah membuat kesimpulan atas sebuah kajian mendalam mengenai manfaat puasa dan pentingnya amalan ini untuk kehidupan manusia.

Tulisnya: puasa dapat menolong memantapkan keadaan tidur, jam tubuh dan menghadapi jet lag.

Keadaan Tubuh Waktu Tidur

Kegiatan otak dalam disusur pada arus yang dipanggil electroencephalogram (EEG). Ini boleh dirakam dengan meletakkan elektrod pada kepala. Gelombang EEG berubah menurut paras sedar seseorang.

Terjaga dengan tenang akan mencatatkan gelombang alpha 8-12 Hz (lingkaran sesaat) dengan paras voltan yang tinggi. Ini dianggap tahap satu. Gelombang alpha hilang apabila kita celik mata.

Apabila tidur mula lena, tibalah ke tahap dua 12-14 Hz iaitu kemunculan gelombang lambat. Tahap ketiga dan keempat tidur pula dicirikan dengan kegiatan rendah tetapi voltan tinggi. Gerakan cepat bola mata (REM) terhenti pada tahap tiga dan empat apabila nafas tenang.

Kegiatan delta (gelombang sangat perlahan, 0.5-4 Hz) muncul ketika betul-betul lena (tidur mati). Tahap dua, tiga dan empat berlaku purata 70 menit.

Selepas itu, berlaku gelombang tidak tetap dari tahap empat ke tahap dua serupa seperti manusia yang sedang jaga, walaupun tidurnya tidak terusik. Inilah yang dipanggil tahap lima apabila kegiatan EEG bercelaru, nafas tidak menentu dan REM berlaku.

Putaran ini berlaku tiga atau empat kali semalaman. Gerakan cepat bola mata memenuhi 25 peratus waktu tidur. Apabila celik tetapi belum sedar, rentak alpha digantikan dengan voltan rendah tanpa frekuensi yang dominan. Hanya apabila ada kegiatan mental seperti coba menghurai masalah kira-kira, barulah keadaan 'terhalang mental' ini dapat diatasi.

Puasa menjejas waktu tidur ketika seseorang baru mengamalkannya. Dalam beberapa jam awal puasa, EEG adalah normal. Kemudian, frekuensi rentak alpha menurun karena kandungan rendah glukos dalam darah sehingga akhir waktu puasa.

Dengan berpuasa, tidur menjadi lebih nyenyak iaitu di tahap tiga dan empat. Apabila tubuh menjadi tenang, proses membaiki tubuh dapat dilaksanakan secara semual jadi. Sudah terbukti bahawa tidur dua jam sewaktu Ramadhan adalah lebih memuaskan berbanding waktu-waktu lain. Mimpi mungkin perlu untuk memelihara kesihatan. Tetapi jika REM tidak berlaku lama, ia juga tidak menjejas jiwa seseorang.

Rentak Circadia

Dalam tubuh manusia ada jam yang dipanggil rentak Circadia iaitu selama 24jam 11 menit. Pengeluaran hormon (note: kesihatan tubuh manusia dipengaruhi oleh darah, hormon dan pernafasan) ditentukan oleh rentak ini. Tempo ayunan jam tubuh ini mungkin singkat iaitu sekadar beberapa menit atau panjang dalam setahun.

Pemasaan (timing) tubuh yang mendorong rentak ini terdedah kepada faktor luaran seperti kegiatan lasak atau istirahah. Jam dalam tubuh manusia juga disebut 'zeitgebers' (dari istilah Jerman bermakna pemberi waktu)

Faktor siang dan malam akan membetulkan jam tubuh manusia. Begitu juga waktu lapar/kenyang, dingin/panas dan selanjutnya. Lazimnya, rentak hanya dipengaruhi oleh empat unsur sekitaran iaitu pasang surut, peralihan malam dan siang, keadaan pergerakan bulan dan musim.

Muslim yang sering berpuasa sejak kecil akan menghadapi putaran waktu tidur/jaga dan terang/gelap sepanjang tahun qamariah (menurut bulan). Bukti sains menunjukkan orang begini lebih mudah mengatur rentak Circadia.

Jet Lag dan Kerja Giliran

Perjalanan antarabangsa melalui zon waktu menimbulkan masalah tidur yang dipanggil jet lag.Ia boleh menjejas pencernaan, mengakibatkan rasa penat dan kurang tumpuan serta dorongan. Timbulnya masalah ini karena jam tubuh tidak sehaluan dengan keadaan keliling yang berubah dan suasana sekitaran juga cepat berubah karena penerbangan yang pantas.

Menurut Agensi Penerbangan dan Angkasa Nasional Amerika (Nasa), diperlukan satu hari bagi setiap rentas zon waktu untuk memulih rentak tubuh dan tenaga ke paras normal. Untuk segera memulihkan tubuh, lebih baik seseorang pengembara tidak terus tidur di hotel. Sebaliknya, dia segera bersiar-siar dan berinteraksi untuk menyesuaikan jam tubuhnya.

Terbukti Muslim yang sering berpuasa itu sudah terbiasa dengan tidur yang tidak teratur. Maka, latih tubuh karena berpuasa tadi membolehkannya mudah menyesuaikan diri dalam perjalanan jauh. Sewaktu habis saja berpuasa, Muslim digalakkan bertarawih karena kontak sosial akan memulihkan tenaga dan jam tubuhnya sehingga kurang rasa penat. Begitu juga dengan kerja giliran. Masa tidur dan rehat seseorang akan berubah.

Kerja giliran tidak akan menjejas kesihatan seseorang yang sering berpuasa karena tubuhnya telah terbiasa dengan perubahan makan/puasa dan kegiatan lainnya sepanjang Ramadhan. Juga sudah terbukti, lepas sebulan berpuasa, paras rentak Circadia Muslim yang berpuasa segera pulih.

Saintis juga mendapati sewaktu berpuasa, sejenis bahan dihasilkan oleh tubuh manusia yang dipanggil opiods (atau endorphins). Ia memberikan kesan yang menenangkan kepada minda. Ketenangan ini akan diperkukuh apabila Muslim membaca Al-Quran sendirian atau lebih beramai-ramai (tadarus) serta bershalat.

Begitulah keajaiban puasa yang sudah dibuktikan secara saintifik.
© 2005 Mutiaralaut. Design by cahy0